CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 24 Mei 2010

Doa dan Amalan Untuk Memperolehi Zuriat yang baik dari Ustazah Siti Nor Bahiyah..

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak.

Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1.Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2.Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4.Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5.Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
*Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
*Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
*Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
*Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
*Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
*Surah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
*Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
*Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.Selepas Fajar ataupun Solat Subuh- Baca Bismillah 1 kali- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)-

Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.Amalan kedua.-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Pengalaman pindah rumah 1

Emm aku yakin ramai yang punya pngalaman sendiri bab pindah rumah ni.. termasuklah aku.. rasanya sepanjang aku hidup berdikari ni (maksudnya setelah dapat keje dan menetap jauh dari family) dah hampir 5 kali aku pindah rumah.. 3 kali masa aku bujang dan 2 kali selepas aku berkahwin.. klu ikutkan hati mme malas bab pindah rumah nie banyak perkara yang perlu difikirkan tapi apa boleh buat ada faktor2 yang tak dapat dielakkan so terpaksalah.. aku punya pngalaman mmg beza2 ada yang best dan ada jugak yang tak best langsung..

cerita pertama adalah pada tahun 2006 aku pun menyewa bersama 3 rakan kat sebuah rumah teres 2 tingkat di Bangi dengan kadar sewanya RM350.. rumah tu mmg best sbb besar.. tapi sblm kami dapat rumah banyak nya liku dan ranjau terpaksa ditempuhi semasa proses nak cari rumah tu.. ada sampai tahap kna tipu dengan makcik tu.. kami dah setuju nak pindah situ siap basuh rumah tu sampai penat2.. and siap tempah langsir utk siling door lagi.. aleh-aleh makcik tu ckp tak dapat nak sewakan sbbnya dia baru lpas divorce ngan suami dia so terpaksalah dia dok situ lak.. emm hampa..sakit hati.. rasa dipermainkan .. semua tu terpancar kat muka kami bertiga mujur iman tebal lagi.. klu tak emmmm... dlm pnat2 jam pun dah pkl 3 ptg kami pun cuba lah cari rumah lain pulak .. emm Allah tu maha adil akhirnya ptg tu jugak kami dpt umah.. alhamdulillah rumah tu mmg bersih.. tuan rumahnya pun baik sangat.. so berbaloilah usaha kami tu...so pada mereka yg ada masalah mcm kami td sabar lah insyaAllah ada hikmahnya nanti...

Ahad, 23 Mei 2010

Penantian itu menduga iman...

Sebenarnya apa yang ingin dicoret ini bukan lah suatu yang baru.. mungkin ramai yang senasib denganku.. namun.. kurasa seperti apa yang sedang menganggu difikiranku perlu dikeluarkan agar kehidupanku lebih tenang.. telah hampir 2 tahun aku berkahwin.. tp masih juga belum dikurniakan zuriat.. sebenarnya tak banyak yang ku lakukan sebagai ikhtiar untuk memperolehi zuriat sendiri.. tapi.. itu bukan bermakna aku tidak langsung terfikir untuk melakukannya... banyak kali aku cuba tapi skrg aku masih blum mampu untuk melakukan apa-apa dek kerana faktor ekonomi yang belum stabil... maklumlah suami baru diterima posting sbg guru.. maka banyaklah yang perlu dilaburkan kepada perkara yang lebih penting..sementelah aku pulak hanyalah seorang guru ganti yang masih tertunggak gajinya...

Aku yakin yang suatu hari nanti aku tetap akan melakukan rawatan dan ingin melihat suatu keajaiban berlaku dalam hidup.. tapi apa yang menjadi masalah disini ialah aku tak mampu menahan rasa sedih ku tiap kali isu anak ditimbulkan...

Bila tibanya cuti sekolah atau ada kenduri rumah sedaramara hatiku mula tak keruan... pastinya soalan cepu emas yang ditanyaialah.. "tak de isi lagi ke?", "eh takkan takde pape lagi" ataupun cerita kejayaan orang lain yang sesudah kahwin jer terus bunting pelamin yang menjadi halwa telingaku tiap kali sedaramara bertemu... itu belum masuk lagi bab ibu tiri di kampung yang asyik cerita pasal org lain yang dah berjaya mengandung.. hati mana yang tak sedih.. hati mana yang tak duka nestapa... aku masih lagi boleh bersabar dgn pertanyaan tu tapi.. apabila terpaksa berjumpa kawan-kawan yang dah menimang cahayamata hati cemburu ku tak mampu nak tangkis lagi.. melihat photo2 comel anak2 kengkawan di facebook juga sangat meruntun hati dan perasaanku...

Syukur atas rahmatnya...

Salam ukhwah.. salam mahabbah... tinta bertemu tautan mahabbah...

10.10 mlm diriku terasa ingin menulis sesuatu yang telah sekian lama bersarang di kotak fikiran, maka kedatangan blog nie mengabulkan impian ini untuk berkongsi catatan diri.. mudah-mudahan mendapat redhonya...